Thursday, 8 May 2014

Bahas Ala-Parlimen tips : YAB menteri k3 / pembangkang k3

Assalamualaikum semua..Hai.!!!
Hari ni niza update new entry tentang TIPS bahas ala parlimen.. kali ni nak cerita dengan nada yang ala-ala serius siket sesuai la kan dengan tajuk nya yang agak "WOW" gituh..haha!

Okeh!
kali ni niza tak nak cerita panjang-panjang..kita terus kepada isu yang kita bincangkan hari ni okeh??

Pertama sekali, korang kena tahu, posisi YAB Menteri ke-3 / pembangkang ke-3 ini adalah untuk MEMPERTAHANKAN HUJAH. Bermakna, apa yang harus dibuat oleh posisi ketiga ini adalah MEMPERTAHANKAN HUJAH yang DIBAWA oleh PIHAK ANDA dan MENOLAK HUJAH yang DIBAWA oleh PIHAK LAWAN...

Macam mana nak tegakkan hujah??mudah sahaja,ambil hujah yang dibawa oleh YAB Perdana Menteri/Ketua Pembangkang dan YAB Timbalan PM/ YAB Pembangkang kedua...kemudian tegaskan bukti-bukti yang kukuh ..Boleh lihat contoh dibawah :-

INGAT !! JANGAN SESEKALI TOLAK USUL yang dibahaskan..
TOLAK HUJAH bukan USUL..

Disini niza kongsikan sedikit teks untuk kedua-dua posisi..iaitu posisi kerajaan dan pembangkang..
Ini ayat yang niza reka..kalau korang ada ayat yang lebih "BOMBASTIK" yang lebih baik..lagi bagus bukan?ahaha..

Kalau korang nak tengok teks pembangkang boleh scoll kebawah terus..

CONTOH TEKS YAB MENTERI KE3 (PERTAHANAN) / KERAJAAN :-

Terima kasih tuan speaker dewan.
bismillah..Yang dihormati tuan yang dipertua,rakan-rakan perwakilan kerajaan,barisan kontradiksi yang kelihatan goyah dipondok usang seberang sana,seterusnya sidang dewan sekalian.assalamualaikum,salam sejahtera dan selamat bersidang kesemuanya.

Tuan yang dipertua,selaku diberi mandat sebagai YB menteri ke3 pada hari ini,
Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan salam apresasi kepada barisan pembangkang kerana;

Yang pertama                          barisan yang berhormat pihak pembangkang telah gagal                                                                                membidas isi serta definisi konsep sebenar/gagal menjawab
                                               izin laluan yang kami berikan

kedua                                      barisan yang berhormat hanya membidas contoh-contoh              
                                               serta tidak pula membidas kata kunci

yang ketiga                              ternyata yang berhormat barisan pembangkang hanya      
                                               menyatakan hujah berdasarkan pandangan sendiri tanpa             
                                               bukti kualitataif dan kuantitatif serata hanya menyatakan        
                                               ujah berdasarkan bukti-bukti yang bersifat terpencil.

Tuan yang dipertua,serta sidang dewan sekalian.berkat keamanan dan keharmonian dibawah kepimpinan kerajaan pada hari ini,maka dewan kembali bersidang untuk membahaskan satu isu yang saya kira amat penting iaitu di bawah gagasan usul yang berbunyi_____________________________________________________________.
Namun begitu tuan yang dipertua,sebelum menegakkan hujah-hujah yang kukuh daripada pihak kerajaan pada hari ini,pertamanya saya akan mematahkan hujah-hujah dangkal yang dibawa dimeja pembangkang seterusnya merobohkan pondok usang pihak pembangkang disebelah sana tuan yang dipertua.

Tuan yang dipertua,terlebih dahulu saya akan membakar hujah-hujah rapuh yang telah dibawa oleh YB menteri kedua.
pertamanya YB mengatakan bahawa______________________________________________________
______________________________________________________________________
Sebenarnya tuan yang dipertua______________________________________________
______________________________________________________________________
Seterusnya,hujah dangkal pihak pembangkang yang kedua berbunyi________________
______________________________________________________________________
Tuan yang dipertua,sebenarnya,_____________________________________________
______________________________________________________________________

Tuan yang dipertua,nampaknya pada hari ini pihak pembangkang mengeluarkan fakta kes-fakta kes yang goyah.seterusnya,untuk merobohkan pondok usang barisan pembangkang di seberang sana,saya akan mencantas hujah yang dibawa oleh YB ketua pembangkang iaitu_______________________________________________________.
Tuan yang dipertua,sebenarnya_____________________________________________
______________________________________________________________________.
Nampaknya tuan yang dipertua,hujah pihak pembangkang pada hari ini seakan burung yang hendak terbang tidak bersayap,hendak hinggap tidak berkaki.

Baiklah tuan yang dipertua,setelah hujah dibidas,setelah hujah dicantas,
Kini tiba masanya untuk saya mengukuhkan kes kami dimeja kerajaan dan membuktikan bahawa sesungguhnya pada hari ini kami yang berdiri dibarisan kerajaan tidak bercakap diatas angin seperti pihak pembangkang diseberang sana tuan yang dipertua.

Tuan yang dipertua,sebentar tadi YAB perdana menteri mengatakan bahawa_________________________________________________________________
Saya menyokong 100% hujah tersebut kerana __________________________________
________________________________________________________________________

Seterusnya tuan yang dipertua,dibawah premis kata kedua,kami yakini bahawa_________________________________________________________________.

Seterusnya tuan yang dipertua,dibawah premis kata yang terakhir kami,sudah terang lagi bersuluh bahawa_________________________________________________________
______________________________________________________________________.

Sidang dewan sekalian,berdiri dibawah pucuk kepimpinan kerajaan pada hari ini,kami akan tetap menegakkan yang hak dan menolak yang batil,bahawa usul yang dibawa oleh YAB perdana menteri adalah sangat relevan dan efektif betapa sesungguhnya dewan pada hari ini seharusnya yakin dan percaya bahawa____________________________
_____________________________________________________________________

Sebelum kaki mengndur langkah,

Sebelum lidah berhenti berkata-kata.maka saya tegakkan kembali usul kami dipihak kerajaan bahawa______________________________________________________ Maka wajarlah tuan yang dipertua,agar dewan menerima usul yang kami bawa dengan sebulat suara.mohon untuk terus mencadang.


CONTOH TEKS YAB PEMBANGKANG KE3 (PERTAHANAN) / PEMBANGKANG :-

Terima kasih tuan speaker dewan.
Bismillahirrahmanirrahim.
Yang dihormati Tuan yang Dipertua,deligasi perwakilan kerajaan yang kelihatan goyah disebarang sana,
Rakan-rakan barisan kontradiksi yang telah bersedia melontarkan bola-bola api,mematahkan hujah rapuh pihak kerajaan,seterusnya sidang dewan sekalian.

Assalamualaikum w.b.t,salam sejahtera dan selamat bersidang kesemuanya.
Tuan Yang Dipertua,selaku diberi mandat sabagai Y.B pembangkang ketiga pada hari ini,
Saya Ingin merakamkan jutaan terima kasih dan salam apresasi kepada barisan kerajaan kerana

Yang pertama                barisan yang berhormat pihak kerajaan telah gagal membidas isi
                                     Serta definisi konsep sebanar./gagal menjawab izin laluan yang  
                                     Kami berikan.

Yang kedua                  barisan yang berhormat hanya membidas contoh-contah dan tidak
                                    Pula membidas kata kunci.dan

Yang ketiga                  ternyata yang berhormat barisan kerajaan hanya menyatakan
                                    Hujah berdasarkan pandangan sendiri tanpa bukti kualitatif dan
                                    Kuantitatif dan hanya menyatakan hujah berdasarkan bukti-bukti                        
                                    yang bersifat Terpencil

Tuan yang dipertua,
Berdirinya saya disini selaku Y.B pembangkang ke3 pada hari ini saya akan mengajak anda semua untuk mengintai dan merungkai pelbagai permasalahan yang dibawa di meja kerajaan  dibawah gagasan usul yang berbunyi “_________________________________
_______________________________________________________________________”

Namun begitu tuan yang dipertua,persoalannya disini adalah, _______________
____________________________________?maka pada hari ini tuan yang dipertua saya akan membawa anda semua mengupas segala persoalan ini seterusnya mematahkan hujah-hujah rapuh yang telah dibawa dimeja kerajaan.

Tuan yang dipertua seterusnya saya ingin membidas segala fakta kes-fakta kes yang telah dibawa oleh YB menteri ke3. sebentar tadi.YB menteri ke3 mengatakan bahawa _______________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
Tetapi yang  berhormat_____________________________________________________
________________________________________________________________________


Baiklah,tuan yang dipertua,seterusnya saya akan mematahkan hujah yang dibawa oleh menteri ke2.yang berhormat mengatakan bahawa___________________________________________________________
_____________________________________________________________________
Tetapi_________________________________________________________________
_______________________________________________________________________

Tuan yang dipertua,nampaknya pihak kerajaan pada hari ini mengeluarkan fakta yang goyah.seterusnya,untuk merobohkan pondok usang pihak kerajaan diseberang sana saya akan mematahkan hujah dangkal YAB perdana menteri yang berbunyi______________
______________________________________________________________________
Tuan yang dipertua,sebenarnya______________________________________________
_______________________________________________________________________
Nampaknya tuan yang dipertua,hujah pihak kerajaan seperti tin kosong berdeting,bila dibuka kemana isinya.?

Baiklah sidang dewan sekalian,
Setelah hujah dibidas,
Setelah hujah dicantas,
Kini tiba masanya untuk saya membentang serta
Mengukuhkan kes kami dimeja pembangkang.seterusnya menundukkan barisan panel kerajaan diseberang sana.

Tuan yang dipertua,sebentar tadi YB ketua pembangkang menyatakan bahawa _____________________________________________________________________
Saya menyokong 100% hujah tersebut kerana_________________________________
______________________________________________________________________

Seterusnya tuan yang dibertua,dibawah premis kata kedua,kami yakini bahawa
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________

seterusnya,dibawah premis kata yang terakhir sudah terang lagi bersuluh _____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________

Sidang dewan sekalian,bukan mahu menegakkan benang yang basah,tetapi hanya mahu menyulam benang yang indah maka sesungguhnya pada hari ini,dibarisan pembangkang kami tegaskan pendirian kami bahawa_________________________________________________
Tuan yang dipertua,sebelum kaki mengundur langkah,sebelim lidah berhenti berkata-kata,izinkan saya mengakhiri hujah saya dengan serangkap pantun;
Berbaju biru si anak dara,
berjalan jalan di Kota Tinggi,
Tersalah kata,
Harap dimaafi..
dengan itu tuan yang dipertua,mohon agar pendirian kami di terima dan saya mohon untuk terus membangkang

 Okeh! jelas? itu sahaja yang dapat dikongsikan buat adik-adik.. Akhirulkalam, SELAMAT MAJU JAYA!



























14 comments:

  1. tapi pembangkang kene tolak usul cikgu kami kata

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak..macam ni saudari..pembangkang tidak boleh mengatakan"Saya menolak usul/usul yang diberi oleh pihak kerajaan dipinda".Tugasan itu hanya boleh dilakukan oleh ketua Hakim dan izin yang Dipertua

      Delete
  2. Tak..macam ni saudari..pihak pembangkang tidak ada kuasa untuk mengatakan usul dipinda atau ditolak.Tugasan ini hanya boleh dilakukan oleh Ketua Hakim dan Yang Dipertua👌

    ReplyDelete
  3. Ruangan kosong itu apa ya?
    Macam pihak pembangkang gagal menjawab pastu ada ruang2 kosong

    ReplyDelete
  4. ruang kosong tu untuk isi la sendiri kita punya isi dan tajuk

    ReplyDelete
  5. terima kasih berkongsi idea. Sangat membantu murid yang baru hendak bermula ke arah perdebatan.

    ReplyDelete
  6. Ada untuk timbalan x dan untuk perdana menteri makaseh ka.

    ReplyDelete
  7. Kiranya pihak pembngkng atau pihak pencadang yg ketiga nihh..kna bnyk belitkn isi piham lawan..cmtukah??? MOHON REPLY

    ReplyDelete
  8. Kiranya pihak pembngkng atau pihak pencadang yg ketiga nihh..kna bnyk belitkn isi piham lawan..cmtukah??? MOHON REPLY

    ReplyDelete
  9. ya menteri ketiga atau pembangkang ke3 penting utk bidas semua hujah pihak lawan kemudian bru buat pemmgukuhan hujah rakan2

    ReplyDelete
  10. i pendebat dari uitm sarawak and this kind of script very helpful, thank a lot.

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah terima kasih, saya mendapat anugerah pendebat terbaik menggunakan teks ni
    tapi debat online la

    ReplyDelete