TARAAAAAAAAAA!!!JENG JENG JENG!!
Niza datang lagi dengan entry terbaru untuk hari ni..Gilez kentang uolls..baru berapa jam niza da update tiga entry dalam satu hari..HEBBATT!! sangat..trin ting ting..
Okeh...kali ni niza nak cerita pasal satu penyakit yang rata-rata orang kita hidapi..nk tahu apa?mesti dah tahu kan?sebab dah terpampang dekat TAJUK tu..hehe..ya,penyakit MALAS..atau orang kita juga selalu sebut sebagai penyakit M..Menurut niza "macam pakar-pakar lah konon" ihik..penyakit ni memang sangat popular dalam kalangan kita...kan?engkorang yang tengah baca ni pon mesti pemalas jugak kan..
kalau nak tahu niza ni pon ada jugak penyakit ni..nak kata dah tahap PARAH tak jugak, tapi malas jugak lah..hihi..senang cerita "ya,saya memang ada penyakit ini"..
Baiklah kengkawan semua...bercerita soal MALAS ni, niza ada satu benda yang nak share dengan korang..pasal pengalaman niza dengan penyakit ni..nak kata pengalaman pahit??no,niza akan list kan dia sebagai sweet memory..cewahhh...nak tahu ceritanya apa?okeh,boleh teruskan membaca ya..
Eheee..pengalaman ni boleh tahan dahsyat jugak lah..engkorang semua tahu kan yang niza ni budak form 6..tahu kan??okeh,kalau engkorang nak tahu,form6 ni memang memerlukan student yang rajin..kalau setakat ada hotak power and genius plus plus pon kalau malas xboleh "GO" jugak uolls..
Berbalik kepada cerita "MALAS"..niza salah satu daripada ratusan ribu juta orang yang yang ada penyakit ni..Disebabkan penyakit malas ni jugak lah niza kene "MIGRAINE" sakit kepala tahap dewa dewi satu hari sebelum peperiksaan STPM esoknya uolls..PEH!!ini adalah pengalaman yang tak dapat digambarkan rasanya macam mana beb..INILAH PENANGAN SIKAP MALAS..kalau uolls nak tahu,beberapa bulan sebelum exam niza xstudy beb..study time kat skola je,tu pon banyak berbual dengan kengkawan "KUMPULAN YAYA" and classmate..yelah,kiteorang kan nakal kan..eheee...
OWKEYYY...berbalik kepada cerita sebelum berlakunya kejadian "MIGRAINE/SAKIT KEPALA" satu minggu sebelum exam niza lah orang yang kelam-kabut nak study,dala banyak benda yang nak kena catch up empat subjek yang taff..nampak je macam mudah..tapi tak mudah hokeyy...time satu minggu tulah niza nak study Pengajian Am,BM,Sejarah,and Ekonomi..peh..banyak kot yang nak dikejar..ibarat berlari marathon aku time tu..Rentetan itu,aku terpaksa habiskan study semua subjek dalam masa seminggu..dah set dalam kepala hotak "MESTI HABISKAN NIZAH!!"..time tu lah aku bahagikan dua hari untuk satu subjek mesti habis study semua..bapakss arr...niza mulakan dengan ekonomi dua hari,sejarah dua hari,bm dua hari dan pengajian am tiga hari..aku peruntukkan 3 hari untuk p.a sebab subjek ni subjek wajib and aku mesti kene score,lagipun p.a ni agak cerewet dan susah jugaklah...Time tu jugaklah niza cari pendekatan yang paling baik untuk study smart dan mampu ingat semua bende tuu...
hmmmm...time tu nak menangis pon tak guna lah..apa-apa pon niza kuatkan jugak semangat.." NIZA TAK AKAN KECUNDANG !!"..time tula aku cari seberapa banyak buku rujukan and buku latihan..time tu lah aku keluarkan topik-topik penting..time tu jugak aku cari kaedah menjawab untuk dapat markah tinggi,time tu jugaklah aku buat research dekat blog-blog cikgu sekolah lain,time tu jugak lah aku terkapai-kapai cari cikgu mintak tolong ajar..and macam-macam lagi...hmm..masa tu baru la aku fikir..kenapalah aku tak study dari awal..tu lah "MENYESAL KEMUDIAN TIDAK BERGUNA NIZAH"..ahaks...
RASAI PENANGAN SATU MALAM SEBELUM EXAM..gilez kentang uolls..peh,time tu niza duduk bilik sorang-sorang dengan buku yang berterabur,masa tu jugak la sebok cari ayat quran untuk hilangkan sakit kepala, masa tu jugak lah panggil emak dan adik suruh urutkan kepala..Lepas je isyak dalam pukul lapan lebih sebelum pukol 9 malam niza dah tidur..dengan kepala yang dah sakit niza tetap set,"esok pagi aku kena bangun awal"..
Pukol 4 pagi niza bangun..alhamdulillah..dah kurang sikit sakitnya,walaupun ada sikit-sikit sakit and KEBAS..nasib baik petang semalam niza dah siap-siapkan barang untuk pegi exam..so,niza tinggal siapkan diri untuk refresh otak niza ni..lebih kurang 1 jam jugak lah niza ambil masa nak refresh balik benda2 yang niza baca tu...BERAT BEB KEPALA HOTAK TIME tu...Lepas tu niza terus siapkan diri untuk ke sekolah..macam biasa lepas subuh dalam pukol 6 suku niza dah keluar rumah naik je bus terus tido..yang xboleh blah tu..aku punya risau sampai dekat traffic light je aku bukak lagi buku contoh jawapan takot xboleh jawablah kononye..padahal OTAK DAH BERAT GILEZZ..
Sampai je sekolah aku terus tak study ape-ape..orang nak baca buku ke cerita ke ape ke..aku wat "DONNO" jek..tepu tahap dewa dewi dah hotak ni..masuk je dewan aku terus jawab exam paper p.a...Hari pertama je aku da stress macam ni ..AKU DAH BERSERAH KEPADA ALLAH je masa tu..jujur,waktu aku jawab tu,kepala aku masih sakit,tapi aku gigihkan jugak & aku paksa untuk jawab..tapi aku rasa masih tak buat yang terbaik lagi sbb aku rasa otak aku masih blurr..alhamdulillah, result kelua aku lepas paper PA dapat A..leganya rasa..syukur tak terhingga..Nasib baik menyebelahi..rezeki,dapatlah jugak 3.67..kalau study dari awal mesti dapat 4 flat kn??ahahhaa..
INILAH PENGALAMAN YANG TAK DAPAT DILUPAKAN AKIBAT PENYAKIT "MALAS"..sakitnya,hanya ALLAH yang tahu..Konklusinya, sendiri malas, sendiri tanggung lah uolls!!ahaaa..adik-adik yang masih bersekolah/ berlajar,jangan ikot macam akak ni ye..study last-last minit..
oke uollss..jumpa lagi di entry yang akan datang..BAI!
No comments:
Post a Comment