Tuesday, 29 April 2014

"kenapa tulis blog"

assalamualaikum semua!!
owkeyh..hari ni niza nak cerita sikit pasal "kenapa niza tulis blog"ni..haaa..xberapa nak menarik jugak lah title dia..hehe

kawan-kawan, kita ni manusia normal..manusia biasa..hari-hari kita tak lari daripada berfikir, berfikir dan berfikir..walaupun kadang-kala apa yang kita fikir tu benda yang tak perlu difikirkan ataupun benda yang tak penting untuk difikirkan langsung...tapi, itulah hakikat sebuah kehidupan..kalau tak berfikir macam tak seronok pulak hidup ni kan..yelah, apa guna tuhan bagi akal kalau tak nak guna...Jadi apalah salahnya kalau kita convert pemikiran kita supaya bawak apa yang ada dalam kepala hotak kita tu kepada bentuk penulisan contohnya menulis blog, menulis novel ke, atau buku-buku ilmiah gituh...ye tak?? tak gitu ke bedah oi..hehe..

Ohkeh..untuk pengetahuan semua niza ni sekarang tengah "cuti-cuti Malaysia".. niza rasa banyak jugak lah masa niza dihabiskan untuk benda yang xperlu and tak patut..ish3..teruk kan anak mak ni??iheee...
And satu benda yang korang kene tahu, niza tak pernah jauhkan diri dengan Online..hari-hari mesti nak bukak jugak lappy ni..Lappy ni lah boypren niza tauu...tehehe..walaupun usia dia dah hampir enam tahun,masih tak banyak ragam..memang kental lah jiwa lappy ni..setia dengan tuan..huu..bertuah!!

Owkeyh! berbalik pada soalan "kenapa niza tulis blog" adakah kerana niza minat menulis??adakah kerana niza suka bercerita?walaupun cerita yang xperlu dicerita..apakah juga kerana saya ini berjiwa seni??ehhh2..yeke..macam tak je kann...hehe
Sebenarnya tak salah kita menulis blog..lagi-lagi sewaktu ada masa lapang yang panjang..macam niza ni..
yela,walaupun kosa kata, tatabahasa, dan bahasa yang digunakan agak berterabur..bukan agak, memang berterabur pun..tehehe..Tapi tulah sedikit sebanyak dapat jugak niza asah bakat niza dalam bidang penulisan ni kan daripada update status entah apa-apa dekat FB tu..kn?kn?kn? engkorang mesti sakit hati kan dengan niza,sebab setiap kali engkorang Online je mesti TL korang penuh dengan post-post status and picture niza..ihikkss..sory ye korang..sekadar berkongsi cerita dekat FB tu..jangan marah yehh..yehh..heeee

Jadi, niza ambil pendekatan lain untuk kongsikan cerita,pegalaman dan ilmu dengan rakan-rakan melalui blog..kat blog ni boleh la niza cerita panjang-panjang..engkorang kalau tak suka tak payah lah baca kan..niza pon open blog ni untuk engkorang-engkorang yang nak amik tahu je pasal ape yang niza nak share..errr..poyo lah niza ni kan..ehheee...

Dan konklusnya, menulis blog boleh dijadikan sebagai salah satu aktiviti berfaedah..kenapa??sebab apa??sebab menulis blog dapat isi masa lapang kita, disamping tu dapat jugak gerakkan otak kita ni supaya melayang-layang cari idea untuk kita ketengahkan dalam tinta blog kita ni..kan berfaedah tu??kan?? Tapi adik-adik yang tengah bersekolah tu,jangan lah pulak tulis blog sampai lupe nak buat homework..sampai lupa nak study..LAGHOO..!!Hhehe...Masa itu emas..hargai masa yang kita ada selagi hayat dikandung badan..cewahhh!! oke semua..jumpa lagi di entry yang akan datang!! Bai!







No comments:

Post a Comment