Hari ni niza update new entry tentang TIPS bahas ala parlimen.. kali ni nak cerita dengan nada yang ala-ala serius siket sesuai la kan dengan tajuk nya yang agak "WOW" gituh..haha!
Okeh!
kali ni niza tak nak cerita panjang-panjang..kita terus kepada isu yang kita bincangkan hari ni okeh??
Pertama sekali, korang kena tahu, posisi YAB Menteri ke-3 / pembangkang ke-3 ini adalah untuk MEMPERTAHANKAN HUJAH. Bermakna, apa yang harus dibuat oleh posisi ketiga ini adalah MEMPERTAHANKAN HUJAH yang DIBAWA oleh PIHAK ANDA dan MENOLAK HUJAH yang DIBAWA oleh PIHAK LAWAN...
Macam mana nak tegakkan hujah??mudah sahaja,ambil hujah yang dibawa oleh YAB Perdana Menteri/Ketua Pembangkang dan YAB Timbalan PM/ YAB Pembangkang kedua...kemudian tegaskan bukti-bukti yang kukuh ..Boleh lihat contoh dibawah :-
INGAT !! JANGAN SESEKALI TOLAK USUL yang dibahaskan..
TOLAK HUJAH bukan USUL..
Disini niza kongsikan sedikit teks untuk kedua-dua posisi..iaitu posisi kerajaan dan pembangkang..
Ini ayat yang niza reka..kalau korang ada ayat yang lebih "BOMBASTIK" yang lebih baik..lagi bagus bukan?ahaha..
Kalau korang nak tengok teks pembangkang boleh scoll kebawah terus..
CONTOH TEKS YAB MENTERI KE3 (PERTAHANAN) / KERAJAAN :-
Terima kasih tuan speaker dewan.
bismillah..Yang dihormati tuan yang dipertua,rakan-rakan
perwakilan kerajaan,barisan kontradiksi yang kelihatan goyah
dipondok usang seberang sana,seterusnya sidang dewan
sekalian.assalamualaikum,salam sejahtera dan selamat bersidang kesemuanya.
Tuan yang dipertua,selaku diberi mandat sebagai YB menteri
ke3 pada hari ini,
Saya ingin
merakamkan jutaan terima kasih dan salam apresasi kepada barisan pembangkang
kerana;
Yang pertama barisan yang
berhormat pihak pembangkang telah gagal membidas
isi serta definisi konsep sebenar/gagal menjawab
izin laluan yang kami berikan
kedua barisan
yang berhormat hanya membidas contoh-contoh
serta tidak pula membidas kata kunci
yang ketiga ternyata yang
berhormat barisan pembangkang hanya
menyatakan hujah berdasarkan pandangan
sendiri tanpa
bukti kualitataif dan kuantitatif serata hanya menyatakan
ujah berdasarkan bukti-bukti yang bersifat terpencil.
Tuan yang
dipertua,serta sidang dewan sekalian.berkat keamanan dan keharmonian dibawah
kepimpinan kerajaan pada hari ini,maka dewan kembali bersidang untuk
membahaskan satu isu yang saya kira amat penting iaitu di bawah gagasan usul
yang berbunyi_____________________________________________________________.
Namun begitu tuan
yang dipertua,sebelum menegakkan hujah-hujah yang kukuh daripada pihak kerajaan
pada hari ini,pertamanya saya akan mematahkan hujah-hujah dangkal yang dibawa
dimeja pembangkang seterusnya merobohkan pondok usang pihak pembangkang
disebelah sana tuan yang dipertua.
Tuan yang
dipertua,terlebih dahulu saya akan membakar hujah-hujah rapuh yang telah dibawa oleh YB menteri kedua.
pertamanya
YB mengatakan bahawa______________________________________________________
______________________________________________________________________
Sebenarnya tuan yang
dipertua______________________________________________
______________________________________________________________________
Seterusnya,hujah dangkal pihak pembangkang yang kedua
berbunyi________________
______________________________________________________________________
Tuan yang dipertua,sebenarnya,_____________________________________________
______________________________________________________________________
Tuan yang dipertua,nampaknya pada hari ini pihak pembangkang
mengeluarkan fakta kes-fakta kes yang goyah.seterusnya,untuk merobohkan pondok
usang barisan pembangkang di seberang sana ,saya
akan mencantas hujah yang dibawa oleh YB ketua pembangkang
iaitu_______________________________________________________.
Tuan yang
dipertua,sebenarnya_____________________________________________
______________________________________________________________________.
Nampaknya tuan yang dipertua,hujah pihak pembangkang pada
hari ini seakan burung yang hendak terbang tidak bersayap,hendak hinggap tidak
berkaki.
Baiklah tuan yang dipertua,setelah hujah dibidas,setelah hujah
dicantas,
Kini tiba masanya untuk saya mengukuhkan kes kami dimeja
kerajaan dan membuktikan bahawa sesungguhnya pada hari ini kami yang berdiri
dibarisan kerajaan tidak bercakap diatas angin seperti pihak pembangkang
diseberang sana
tuan yang dipertua.
Tuan yang
dipertua,sebentar tadi YAB perdana menteri mengatakan
bahawa_________________________________________________________________
Saya menyokong 100% hujah tersebut kerana
__________________________________
________________________________________________________________________
Seterusnya tuan yang dipertua,dibawah premis kata kedua,kami
yakini bahawa_________________________________________________________________.
Seterusnya tuan yang dipertua,dibawah premis kata yang
terakhir kami,sudah terang lagi bersuluh
bahawa_________________________________________________________
______________________________________________________________________.
Sidang dewan sekalian,berdiri dibawah pucuk kepimpinan
kerajaan pada hari ini,kami akan tetap menegakkan yang hak dan menolak yang
batil,bahawa usul yang dibawa oleh YAB perdana menteri adalah sangat relevan
dan efektif betapa sesungguhnya dewan pada hari ini seharusnya yakin dan
percaya bahawa____________________________
_____________________________________________________________________
Sebelum kaki mengndur langkah,
Sebelum lidah berhenti berkata-kata.maka saya tegakkan
kembali usul kami dipihak kerajaan
bahawa______________________________________________________ Maka wajarlah tuan
yang dipertua,agar dewan menerima usul yang kami bawa dengan sebulat
suara.mohon untuk terus mencadang.
CONTOH TEKS YAB PEMBANGKANG KE3 (PERTAHANAN) / PEMBANGKANG :-
Terima kasih tuan speaker dewan.
Bismillahirrahmanirrahim.
Yang dihormati Tuan yang Dipertua,deligasi perwakilan
kerajaan yang kelihatan goyah disebarang sana ,
Rakan-rakan barisan kontradiksi yang telah bersedia
melontarkan bola-bola api,mematahkan hujah rapuh pihak kerajaan,seterusnya sidang dewan sekalian.
Assalamualaikum w.b.t,salam sejahtera dan selamat bersidang
kesemuanya.
Tuan Yang Dipertua,selaku diberi mandat sabagai Y.B
pembangkang ketiga pada hari ini,
Saya Ingin
merakamkan jutaan terima kasih dan salam apresasi kepada barisan kerajaan
kerana
Yang pertama barisan yang berhormat pihak kerajaan telah gagal membidas isi
Serta definisi konsep
sebanar./gagal menjawab izin laluan yang
Kami
berikan.
Yang kedua
barisan yang berhormat hanya membidas contoh-contah dan tidak
Yang ketiga
ternyata yang berhormat barisan kerajaan hanya menyatakan
Hujah
berdasarkan pandangan sendiri tanpa bukti kualitatif dan
Kuantitatif dan
hanya menyatakan hujah berdasarkan bukti-bukti
yang
bersifat Terpencil
Tuan yang dipertua,
Berdirinya saya disini selaku Y.B pembangkang ke3 pada hari
ini saya akan mengajak anda semua untuk mengintai dan merungkai pelbagai
permasalahan yang dibawa di meja kerajaan dibawah gagasan usul yang berbunyi
“_________________________________
_______________________________________________________________________”
Namun begitu tuan yang dipertua,persoalannya disini
adalah, _______________
____________________________________?maka pada hari ini tuan
yang dipertua saya akan membawa anda semua mengupas segala persoalan ini
seterusnya mematahkan hujah-hujah rapuh yang telah dibawa dimeja kerajaan.
Tuan yang dipertua seterusnya saya ingin membidas segala
fakta kes-fakta kes yang telah dibawa oleh YB menteri
ke3. sebentar tadi.YB menteri ke3 mengatakan bahawa
_______________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
Tetapi yang berhormat_____________________________________________________
________________________________________________________________________
Baiklah,tuan yang dipertua,seterusnya saya akan mematahkan
hujah yang dibawa oleh menteri ke2.yang berhormat mengatakan bahawa___________________________________________________________
_____________________________________________________________________
Tetapi_________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
Tuan yang dipertua,nampaknya pihak kerajaan pada hari ini
mengeluarkan fakta yang goyah.seterusnya,untuk merobohkan pondok usang pihak
kerajaan diseberang sana
saya akan mematahkan hujah dangkal YAB perdana menteri yang berbunyi______________
______________________________________________________________________
Tuan yang
dipertua,sebenarnya______________________________________________
_______________________________________________________________________
Nampaknya tuan yang dipertua,hujah pihak kerajaan seperti
tin kosong berdeting,bila dibuka kemana isinya.?
Baiklah sidang dewan sekalian,
Setelah hujah dibidas,
Setelah hujah dicantas,
Kini tiba masanya untuk saya membentang serta
Mengukuhkan kes kami dimeja pembangkang.seterusnya menundukkan
barisan panel kerajaan diseberang sana .
Tuan yang dipertua,sebentar tadi YB ketua pembangkang menyatakan
bahawa _____________________________________________________________________
Saya menyokong 100% hujah tersebut
kerana_________________________________
______________________________________________________________________
Seterusnya tuan yang
dibertua,dibawah premis kata kedua,kami yakini bahawa
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
seterusnya,dibawah premis kata
yang terakhir sudah terang lagi bersuluh _____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
Sidang dewan sekalian,bukan
mahu menegakkan benang yang basah,tetapi hanya mahu menyulam benang yang indah
maka sesungguhnya pada hari ini,dibarisan pembangkang kami tegaskan pendirian
kami bahawa_________________________________________________
Tuan yang dipertua,sebelum kaki
mengundur langkah,sebelim lidah berhenti berkata-kata,izinkan saya mengakhiri
hujah saya dengan serangkap pantun;
Berbaju biru si anak dara,
berjalan jalan di Kota Tinggi,
Tersalah kata,
Harap dimaafi..
dengan itu tuan yang dipertua,mohon agar pendirian kami di terima dan saya mohon untuk terus membangkang
Berbaju biru si anak dara,
berjalan jalan di Kota Tinggi,
Tersalah kata,
Harap dimaafi..
dengan itu tuan yang dipertua,mohon agar pendirian kami di terima dan saya mohon untuk terus membangkang